PART TIME JOB UNTUK WANITA

 PART TIME JOB UNTUK WANITA?

    Bila bercakap tentang partime job ni saya bukanlah orang yang pakar dalam hal ini tapi saya boleh kongsi serba sedikit atas pengalaman sendiri.

    Suatu masa dulu saya pernah bekerja part time di salah sebuah pasaraya besar di Kuala Lumpur. Masa tu saya masih seorang student. Setiap hari pada jam 6 petang hingga 10 malam saya akan mulakan tugas sebagai pembantu jualan. Seingat saya pada masa itu gaji untuk pekerja part time dalam RM4 untuk satu jam. Jadi setiap hari lingkungan RM16 dan dalam sebulan gaji saya ialan lebih kurang RM320 mcam tu.


MANFAAT PART TIME JOB 

Antara manfaat partime job yang boleh diperolehi ialah:

  •  Sebagai income tambahan

  Semestinya tujuan utama kita pilih untuk part time job ini sebagai alternatif untuk mendapatkan extra income. Di Malaysia partime job sudah mula menjadi trend bagi individu yang telah punyai pekerjaan tetap untuk mereka menambah income. Tidak kira yang sudah berkahwin mahupun yang masih bujang.

  • Sebagai simpanan

    Income yang terhasil dari partime job dapat dijadikan simpanan. Bagi saya sendiri, pendapatan pekerjaan hakiki digunakan untuk membayar komitmen, bil-bil bulanan dan perbelanjaan harian. Kehidupan di bandar besar semestinya mencabar lebih-lebih lagi kos sara hidup yang semakin tinggi dan memerlukan kita pilih partime job untuk simpanan.

  • Sebagai bonus untuk keseronokan
    Hasil dari partime job boleh juga kita gunakan untuk bajet percutian keluarga atau untuk kegunaan membeli belah. Secara tak langsung juga dapatlah kita beri reward kepada anak-anak atau pasangan menggunakan extra income.

  • Kegunaan semasa emergency
    Ramai juga yang pilih partime job sebagai tabungan emergency seperti kos untuk perubatan dan bayaran untuk medical card. 


PILIHAN PARTIME JOB

  • Baking
    Saya perasan sekarang ramai pilih baking sebagai partime job. Kalau sebelum ni baking ialah satu hobi tapi zaman dah berubah. Mereka jadikan baking sebagai hobi yang menjana income.

  • Menulis
    Ramai juga yang pilih menulis skrip, translation atau copy writing sebagai partime job. Mereka gunakan kepakaran dan skill menulis mereka itu untuk menjana pendapatan tambahan.

  • Menjahit
    Biasanya menjahit ni pilihan wanita yang tidak bekerja contoh suri rumah sepenuh masa.

  • Multilevel marketing
    Buat bisnes Multilevel marketing seperti Shaklee macam saya buat sekarang. Bagi saya pilihan yang paling sesuai dan mudah untuk saya yang ada kerja hakiki. Ini kerana ceburi bisnes shaklee hanya perlukan kita beronline sahaja dimana tidak perlu untuk saya membuka kedai fizikal dan jimat lebih banyak masa. Untuk bisnes shaklee ni jika anda berminat boleh lah Join dengan saya.

  • Mobile Spa
    Mobile spa ni ialah perkhidmatan facial bergerak. Ia boleh dilakukan di rumah sendiri atau pergi dari rumah kerumah atas permintaan pelanggan. Bagi mengaplikasikan mobile spa ni kita perlukan beberapa peralatan untuk dibawa bersama seperti, set facial (berus, sponge, Masker, alas kain dan pelbagai) bertujuan memberi pengalaman yang selesa dan releks untuk para pelanggan.
    Perniagaan ini beri kelebihan kepada mana-mana pelanggan yang sibuk dan tiada peluang untuk ke tempat-tempat spa. Mobile spa ini juga beri peluang kepada kita untuk mengatur ikut masa sendiri kerana ianya lebih flexibel.
    Ramai juga yang saya kenal yang buat mobile spa ini dan saya sendiri telah pun memulakan perniagaan mobile spa saya sendiri.

Sekiranya anda berminat dan ingin mencuba perniagaan Mobile spa boleh sertai saya bersama team.


Disini saya kongsikan juga peluang partime job oleh Sahabat saya yang lain.




  


Comments

  1. Bisnes mobile spa memang high demand 😍

    ReplyDelete
  2. Part time job mobile spa sesuai untuk semua. Kita je kena adjust dan tanam minat tu ☺️

    ReplyDelete
  3. Sekarang ramai wanita bekerjaya yang takde masa nak g spa, demand servis spa kat rumah sendiri tu sangat tinggi. So sape yang buat part time job mobile spa ni memang masyukkkk....

    ReplyDelete
  4. peluang buat cash dengan mobile spa

    ReplyDelete
  5. Dah jadi keperluan sebab zaman ni kena buat extra income..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts